Thursday, June 16, 2011

haish penat

Sekarang ni dah jam 1.19am baru balik kerja. ya allah sangatlah penat. tadi dekat restoran ramai orang masya allah masya allah. dah dekat jam 12malam nak tutup pun kereta asyik masuk je nak makan. kalau lah boleh buat pengumuman kat notice board restoran " dear value customer please come early to eat and avoid come at very midnight" nasib baik itu restoran orang lain yang punya.

Sampai je kat rumah, sejukkan badan kejap depan kipas bukak sampai kelajuan 5 sebab sangat lah berpeluh dan panas. bau bauan tu jangan cakaplah memang dah tahap seminggu tak boleh masuk rasanya bakteria  e coli pun dah boleh membiak siap bertelur lagi kat badan yang busuk ni. lepas tu terus pergi mandi even ayah selalu cakap jangan mandi nanti boleh kena paru paru berair tapi bayangkanlah kalau tak mandi tak selesa nak solat isyak pun tak sedap lagi khusyuk, then pergilah mandi senyap senyap tunggu line clear dulu. lepas mandi, pergi solat isyak sebelum tu buka dulu laptop untuk online. bila laptop dah tersedia buka apa lagi kita tinggalkan dulu sebentar dan tunaikan kewajipan iaitu solat. lepas solat, siap dengan pakai telekung dah terduduk depan laptop macam busy business woman je. online online online tetiba line broadband buat hal. stop dulu, then pergi lipat dan simpan balik telekung dan sejadah.. lepas tu online balik sampai mata ni terasa nak tidur

bila fikir balik, rasa hari hari yang berlalu macam takda pengisian je maksudnya macam nothing benefit to gain for one day. tapi apa daya no choice nak tak nak kene buat juga.nanti kaya baru leh bersenang lenang je.pergi kerja naik kereta mewah, makan sedap dan mahal mahal , mamak dah tak pandang dah..ishhh bongkak sungguh..syuh syuh syuh pergi lah kau jauh wahai si bongkak dan riak.


>> penat sangat sampai rasa nak menangis

>>> hati kuatlah sikit yer..sikit jer lagi ni

No comments:

Post a Comment