Sunday, February 28, 2010

That was I.This is me.

Aku tak pernah kata aku baik. Aku tau aku tak baik.
Aku tau orang disekeliling aku jauh lagi baik dari aku.
Aku tengah berusaha untuk menjadi lebih baik dari aku yang dulu.
Walaupun tak boleh capai tahap macam orang disekeliling aku.
Sekurang²nya,aku cuba.

Tapi,mungkin kau tak pernah tahu yang aku dah berubah.
Sebab kau tak pernah kenal aku yang dulu macam mana.
Kau tak pernah ada waktu aku rasa susah sangat dengan perubahan yang aku paksa.
Perlu ada paksaan untuk berubah.Kalau ikutkan hati,mati!Ikut rasa,binasa!
Bila masa nak berubah untuk sesuatu yang lebih baik?

Aku tahu apa yang aku ada sekarang tak cukup baik.
Dan mungkin tak akan pernah cukup baik bagi kau.
Tak apalah.Suka hati kau lah.
Aku berubah bukan untuk kau.
Aku berubah untuk kebaikan aku sendiri dan orang² yang aku sayang.
Seribu kali sayang,kau tak pernah masuk dalam senarai orang yang aku sayang.

That was I.This is me.
Kau tak pernah tahu bahagian "was" yang pernah wujud.
Kau hanya nampak bahagian "is" sekarang yang ada.
Dan kau gunakan apa yang kau nampak untuk kau komen?
Kalau kau tahu kewujudan "was",entah apa lagi kau nak kata ya?
Aku tak berminat nak jaja cerita tentang bahagian "was" yang pernah wujud pada kau.
Kalau "is" pun kau tak boleh terima,apatah lagi "was" kan?

Mungkin kau tak pernah faham apa itu,
"Everybody makes mistakes and deserves a second chance"
Tak apalah,pegang la dengan apa yang kau nampak.
Aku tak berminat nak tunjuk bahagian yang kau tak pernah nampak.
Sebab you don't deserve it!
Aku tak akan keluarkan statement kasihan seperti "Aku tak la seteruk yang kau sangka" pada kau.Sebab you don't deserve it!

Aku tak akan mintak kau terima aku seadanya.Sebab you don't deserve it!
Semoga kau bahagia selalu. :)
p/s=Tulis guna bahasa sendiri jugak seronok.Kerana kata ganti nama diri kedua dan ketiga tidak menunjukkan jantina :P

No comments:

Post a Comment